Selamat Datang Ke Takaful Online Caliph Group. Portal Interaftif Yang Memberi Info Tentang Pelan Takaful dari FWD Takaful

Mencari Maklumat Tentang Takaful & Hibah?

Semua orang jika di berikan pilihan ingin terus kekal sihat. Namun bila ditimpa musibah kesihatan & tidak mampu lagi bekerja, pendapatan anda akan terjejas.

Dengan adanya perlindungan Takaful, anda mampu bersedia menyediakan tabungan yang mencukupi untuk menempuhi hari – hari sukar.

Wang pampasan yang di terima boleh digunakan untuk meneruskan kelangsungan hidup walaupun pendapatan sudah tiada atau terjejas.

Keluarga adalah harta yang paling bernilai. Jika anda di takdirkan pergi dahulu bertemu Ilahi, maka sudah tentu keluarga anda akan kehilangan tempat bergantung.

Segala harta & wang ringgit akan di bekukan menunggu proses tuntutan harta pusaka. Pengurusan harta pusaka akan memakan masa dan mungkin menelan kos yang tinggi.

Dengan adanya perlindungan Takaful Hibah, pampasan akan di bayar terus kepada keluarga anda tanpa di ganggu urusan tuntutan pusaka. Dengan itu, keluarga keluarga dan anak-anak boleh meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna selepas pemergian anda.

Anda mungkin ada alasan anda tersendiri bilamana terpaksa berhutang untuk memiliki sesuatu. Mungkin kerana kos pemilikan barang tersebut tinggi dan membayar tunai bukanlah satu pilihan yang baik ketika.

Walau apapun alasan anda, sudah pasti anda tidak mahu melihat keluarga dan anak-anak anda terpaksa bekerja keras mencari penyelesaian kepada hutang-hutang anda bilamana anda tidak mampu bekerja atau sudah meninggal dunia.

Dengan adanya perlindungan Takaful Hibah, hutang dan pinjaman dapat di uruskan oleh keluarga dengan baik.

Mengumpul aset seperti rumah, tanah, simpanan dan pelaburan bukanlah satu proses yang mudah. Keringat yang di curahkan itu adalah untuk membina masa depan yang lebih baik bagi diri dan keluarga.

Perlindungan Takaful Hibah dapat membantu melindungi aset – aset anda bilamana sesuatu yang tidak di ingini berlaku. 

Anda mampu hidup dengan selesa seperti sekarang kerana sumber pendapatan anda tidak terjejas. Namun anda harus berwaspada, malang tidak berbau. Kecelakaan tidak diminta, namun anda harus bersedia. Pendapatan boleh hilang sekelip mata.

Bila di timpa musibah sakit misalnya, segala simpanan dan aset habis di jual bagi menampung kos perubatan, sara diri dan keluarga. Soalnya selama mana ia mampu bertahan?
Dengan perlindungan Takaful Hibah, anda boleh menyediakan ‘payung sebelum hujan’.